Wednesday, May 8, 2013

Buku: Usul Fiqh dan Kedah Fiqh (Modular STPM)


Judul: Usul Fiqh dan Kedah Fiqh (Modular STPM)
Penulis: Dr. Ab Latif Muda dan Dr. R$osmawati Ali@ Mat Zin
Penerbit: Pustaka Salam
Harga: RM 22.00
Status:  Rujukan Pengajian

Sinopsis:

Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku berkaitan Usul Fiqh dan Kedah Fiqh. Buku ini merupakan rujukan modular bagi pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran malaysia (STPM). Buku ini berbahasa Melayu dan menggunakan tulisan rumi.


Saya memiliki beberapa buah buku Usul Fiqh berbahasa Melayu mahupun Arab. Secara Ringkasnya, ilmu Usul Fiqh berkaitan cara pengeluaran hukum melalui dalil yang disepakati di dalam Islam. Fiqh membicarakan hukum Islam itu sendiri iaitu solat, puasa, zakat, haji, jual beli dan sebagainya. Maka, ilmu Usul Fiqh dan penggunaan Kaedah Fiqh pula membicarakan bagaimana hukum terhadap solat, puasa, zakat, haji dan jual beli itu dikeluarkan. Bagaimana solat fardhu lima waktu sehari itu dihukumkan dengan wajib, puasa Ramadhan hanya wajib di bulan Ramadhan selama sebulan, bagaimana hukum zakat ditetapkan dengan kadar-kadar yang sedemikian dan tertentu. Begitulah halnya dengan haji, jual beli dan sebagainya.

Mari kita lihat sedikit kandungan buku ini:

Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A iaitu Usul Fiqh dan Bahagian B Kaedah Fiqh. Di bahagian A ada dua fasa utama iaitu Fasa 1 Pengenalan Usul fiqh dan Fasa 2 Sumber Hukum. Di bahagian B juga ada dua fasa utama iaitu Fasa 1 Pengenalan Kaedah Fiqh dan Fasa 2 Lima Kaedah Asas. Setiap fasa di bawahnya terdapat skop, bab, topik dan unit.

Buku ini dibeli kerana pringkat perbincangannya lebih mudah berdasarkan ia merupakan modular bagi pelajar STPM. Tidak kepada taraf diploma, sarjana muda, mahupun sarjana. Maka, disebabkan penggunaan ayat yang mudah dan ringkas, disertai contoh yang smeasa dan mudah difahami, maka saya membelinya sebagai suatu rujukan tambahan selain buku Usul Al-Ahkam yang telah dimiliki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.