Thursday, May 9, 2013

Buku: Panduan Lengkap Mengurus Jenazah



Judul: Panduan Lengkap Mengurus Jenazah
Penyusun: Md Uqbah An Nafiq
Penerbit: Darul Nu'man
Harga: RM 7.00
Status:  Bacaan Ibadah

Ulasan:
Dulu semasa saya tingkatan tiga di Sekolah Agma Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, saya terlibat menjadi salah seorang perserta Amal Islami acara Tajhiz Jenazah. Namun, seingat saya, hanya ke peringkat zon. Selpas itu, tidak terlibat secara langsung dengan acara pengurusan jnezah, apatah lagi mengurusnya secara langsung.

Sekian lama, saya teringat mengenainya. Ingin belajar dan mengingatinya kembali. Makan atas desakan itu, saya membeli sebuah buku kecil ini yang boleh diistilahkah sebagai 'kutaib' dalam bahasa Arab yang bermaksud 'buku kecil'. 'Kitab' bermaksud sebuah buku, 'kutub' bermaksud buku yang banyak.


Selain itu, ia sebagai rujukan ibadah apabila diperlukan kelak, juga boleh dijadikan bahan agar 'sentiasa mengingati kematian'. Buku yang disertai dengan gambar dan aturannya, pada saya memudahkan orang awam seperti saya mempelajari dan mudah memahami aturan yang sepatutnya.

Hukum mempelajari pengurusan jenazah adalah fadhu kifayah. Daripada saat kematian sehinggalah selesai dikebumikan. Mana mungkin mayat atau jenazah itu menguruskan dirinya sendiri sehingga selesai ditanam? Pengurusan jenazah merupakan salah satu daripada lambang kehormatan seseorang manusia. Manusia sebagai sebaik-baik makhluk yang diciptakan ini perlulah diuruskan dengan sebaik-baik pengurusan. Walaupun hukum mempelajarinya merupakan fadhu kifayah, tetapi hukum menguruskan jenazah sehingga dikebumikan merupakan fardu ain.

Sekiranya di suatu kawasan atau kampung, tidak kedapatan seorang pun yang boleh menguruskan jenazah, sehingga jenazah tersebut terbiat, mereput dan busuk, mengganggu ketenteraman dan menjadi perhatian haiwan, maka seluruh ahli kawasan dan kampung tersebut berdosa. Semoga apabila kita melaksanakan yang terbaik untuk saudara seIslam kita dengan menunaikan hak-haknya, kelak kita juga akan dipenuhi segala hak-hak kita apabila tiba waktunya.

Di sini saya berkongsi secara ringkas isi kandungan buku isi;
1- Kesedaran Pengendalian Jenazah
2- Jenazah dan Mati
3- Mengendalikan Jenazah
4- Mengendalikan Jenazah Bermasalah
5- Jenazah Selepas Diuruskan
6- Iktibar Daripada Mengurus Jenazah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.