Tuesday, February 26, 2013

Buku: Ma Yan


Judul: Ma Yan
Penulis: Sanie B. Kuncoro
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Harga: RM 16.00
Status:  Berhenti di pertengahan

Sinopsis:

Lahir di sebuah desa terpencil, Zhangjiangshu, Ma Yan adalah seorang gadis perempuan yang unik. Di desa yang sebahagian besar perempuannya menikah muda, serta kesempatan bagi bersekolah hanyalah hak istimewa anak laki-laki, tidak membuat surut semangat Ma Yan mahu mendapatkan pendidikan di sekolah.
Novel yang ditulis daripada  kisah sebenar ini menyentuh hati dan akan membuat pembaca berurai air mata. Betapa gadis kecil ini berusaha keras bagi memperoleh pendidikan yang selayaknya.

Ulasan:
Sejujurnya aku tidak mampu untuk menghabiskan bacaan buku ini. Walaupun pada awalnya aku sangat teruja dengan sinopsisnya, namun kemungkinan pada aku jalan ceritanya yang agak mendatar, aku kurang bersemangat untuk meneruskannya. Jalan ceritanya berbentuk riwayat hidup atau biografi Ma Yan walau tidak secara formal istilah ini digunakan.

Prolognya sangat menarik perhatian aku kerana ia menceritakan pemerintahan komunis yang tidak memberi keadilan dan kemakmuran kepada rakyatnya. Pemerintahan yang tamah sehingga membawa rakyat ke jurang kemiskinan dan kesengsaraan. Kisah benar, atau fiksyen yang bersalut kisah benar, atau kisah sejarah walau berbentuk biografi adalah minat aku.

Boleh jadi akan datang bacaan buku ini akan disambung semula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.