Wednesday, May 8, 2013

Buku: Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah



Judul: Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah
Penulis: Abdul Azib Hussain
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 30.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini telah saya beli terlebih dahulu sebelum daripada buku Perbahasan Usul Al-Ahkam dan buku Usul Fiqh & Kaedah Usul Fiqh. Penulisnya merupakan graduan Universiti Al-Azhar dan saya sempat bertemunya di Mesir. Buku di atas tajuk dan penulis yang sama telah saya beli di Mesir cetakan PMRAM. Boleh jadi saya membeli buku ini kerana kesilapan tidak menyedari bahawa saya telah pun memilikinya.


Asasnya, setiap buku yang membicaraka ilmu Fiqa dan Usul fiqh menerangkan perkara yang sama, tetapi hanya berlainan dari segi pemnyampaian ilmu atau method penulisan. Seperti yang diketahui bahawa apabila kita membicarakan ilmu Usul Fiqh, ia tidak dapat lari daripada sistem yang telah dirintis oleh Imam As-Syafi'i dan method yang digunapakai oleh Imam Hanafi. Asas kepada kaedah mengeluarkan hukum oleh Imam Syafi'e dan Imam Hanafi mempunyai sedikit perbezaan. Perbezaan ini membawa kepada kepelbagaian hukum yang dikeluarkan.

Dikatakan bahawa Ilmu atau Subjek Usul Fiqh merupakan subjek 'killer' bagi sebahagian pelajar pengajian Syariah. Akan tetapi, subjek ini jugalah yang perlu dikuasai dengan sebaik-baiknya bagi seseorang yang mahu berijtihad atau mengeluarkan fatwa. Seseorang mujtahid atau mufti tidak layak sama sekali mengeluarkan sesuatu hukum yang masih belum ada perbincangan oleh ulama terdahulu melainkan menguasai ilmu Usul Fiqh selain daripada ilmu Bahasa Arab, Ulum Al-Quran, Mustalah Hadith dan sebaginya.

Kerana saya bukanlah daripada pelajar berlatarbelakang pengajian syariah, maka saya merangkak-rangka mendalaminya bermula dengan pembacaan buku yang berbahasa Melayu. Kemudian, saya membandingkan dan menyelami pula buku berbahasa Arab untuk mengukuhkan ilmu yang saya telah tahu. Isnya Allah, pada masa akan datang saya kongsikan jua beberapa rujukan yang berbahasa Arab. Boleh jadi akibat kecetekan  dan kurangnya penguasaan terhadap ilmu ini, saya memohon maaf kepada tuan guru, guru-guru atau sahabat-sahabat yang lebih mendahului di dalam bidang ilmu ini.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.