Wednesday, May 8, 2013

Buku: Pengantar Syari'at Islam



Judul: Pengantar Syari'at Islam
Penulis: Mohd. Salleh Haji Ahmad
Penerbit: Pustaka Haji Abdul majid
Harga: RM 21.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini saya beli seiringan dengan buku Muqaddimah Pengajian Islam. Ketika berada di semester pertama pengajian syariah, saya berusaha untuk memahami perdahuluan atau asas pengajian syariah ini. Walaupun saya mengaku tidak memulakan dengan merujuk sumber bahasa Arab yang lebih tinggi 'nilai' ilmunya, namun rujukan yang pelbagai ini serba sedikit dapat membantu saya. Selain itu, ia adalah daripada cadangan pensyarah yang mengajar iaitu Dr. Lukman bin Abdul Mutalib.


Sekiranya saya menyatakan sebelum ini asas kepada pengajian Islam secara umum, boleh merujuk kepada buku Muqaddimah Pengajian Islam. Maka, saya boleh mengatakan bahawa asas kepada pengajian syariah secara umum antaranya ialah buku ini. Ini kerana, penulisnya bukanlah calang-calang orang dan mempunyai ketokohan di dalam bidang ini.

Mari kita lihat kandungan buku ini secara ringkas;

Bab Pertama:
Syari'at Islam: Pengertian dan Ciri-Ciri Keistimewaannya

Bab Kedua:
Al-Fiqh Al-Islami: Pengertian dan Ciri-Ciri Keistimewaannya

Bab Ketiga:
Sejarah Pembinaan Hukum Islam

Bab Keempat:
Sumber Perundangan Islam

Bab Kelima:
Sejarah Ringkas Tokoh-tokoh Ulama Mujtahidin

Bab Keenam:
Ijtihad

Bab Ketujuh:
Taqlid dan Talfiq

Bab Kelapan:
Qawa'id Fiqhiyyah

Alhamdulillah, buku ini sedikit sebanyak membantu saya memahami pengajian syariah dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.