Wednesday, May 8, 2013

Buku: Israiliyyat dan Hadith Palsu



Judul: Israiliyyat dan Hadith Palsu
Penulis: Dr. Ahmad najib Abdullah Al-Qari
Penerbit: Perniagaan Buku Hikmah
Harga: RM 10.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Dua perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam iaitu khabar Israiliyyah dan hadith Palsu. Israiliyyah bermaksud pengkhabaran yang datangnya daripada sumber orang Yahudi sama ada di dalam kitab-kitab mereka atau penghabaran dari generasi ke generasi. Hadith palsu pula adalah perkataan atau ucapan yang direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mengaitkannya kepada Nabi Muhammad SAW. Israiliyyah banyak terdapat di dalam kitab-kitab tafsir Al-Quran dan hadith palsu pula wujud di pelbagai bidang di seluruh pelosok dunia.


Di dalam ilmu Ulum Al-Quran, pengkhabaran Israiliyyat terbahagi kepada tiga kategori:
1- Ia selari dengan apa yang dalam sumber-sumber agama Islam dan hadith Nabi yang sahih
2- Bercanggah dengan Al-Quran dan hadith sahih
3- Tidak dapat dipastikan statusnya dan tidak termasuk di dalam salah satu kategori yang sebelumnya. Ia disebut maskut 'anhu atau 'yang didiamkan mengenainya'.

Antara bentuk Israiliyyat yang mudah ialah jenis kayu binaan kapal Nabi Nuh, penyakit Nbai Yaakub sehingga busuk dan mendatangkan ulat serta berkaitan kejadian alam.

Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang direka dan disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. Walaupun hakikatnya ia tidak boleh dipanggil 'hadith' kerana hadith bermaksud pengkhabaran yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW secara lisan, perbuatan mahupun pengakuan, namun penggunaan 'hadith' bertujuan menerangkan ianya bukan hadith dan tidak disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW secara batil dan ianya adalah palsu.

Penyebaran Israiliyyat yang bercanggah dengan Al-Quran serta penyebaran hadith palsu merupakan dendam dan sikat tidak bertanggungjawab golongan orientalis, masyarakat Yahudi, golongan zindiq (perosak), anti-hadith dan sebagainya. Mudah-mudahan buku ini mampu menjadi pencerah kepada umu agar tidak terjerumus berama orang yang melakukan pembohongan kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT. Jelas Nabi telah bersabda dengan menyatakan "Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadap Nabi SAW, maka sesungguhny ia telah menempah tempatnya di dalam neraka." Moga kita terhindar daripada malapetaka sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.