Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Buku: Agama-agama Di Dunia


Judul: Agama-agama Di Dunia
Penulis: Mohd Rosmizi Abd Rahman, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abdul Mutalib, Roslizawati Mohd Ramly
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Harga: RM 30.00
Status: Rujukan

Ulasan:
Ini merupakan salah satu buku rujukan agama-agama yang wujud di dunia. Ia boleh dijadikan rujukan asas bagi sesiapa yang mengambil jurusan kajian mengenai pengajian agama-agama dunia. Ia tidak termasuk dalam kumpulan rujukan lengkap atau terperinci, tetapi sekadar gambaran awal atau pendedahan asas terhadap sesuatu agama.

Perbincangan ringkas meliputi sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandangan sesebuah agama yang dibincangkan.

Thursday, May 9, 2013

Buku: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian



Judul: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian
Penulis: Mohd Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon
Penerbit: Jawatankuasa Penaja PERKIM Jalan Ampang
Harga: Tidak tercatat
Status:  Rujukan perbandingan agama

Ulasan:
Ketika di Mesir, kami ada juga mempelajari mengenai agama Kristian dan Yahudi walaupun tidak terperinci dan mensalam sepertimana pelajar yang mengambil jurusan Akidah dan Falsafah. Antara buku yang masyhur menerangkan perbandingan agama ini ialah buku yang berjudul 'Milal wa Nihal' ditulis oleh Imam Syahrastani.

Ilmu perbandingan agama sangat penting dipelajari dan diketahui oleh umat Islam. Ini kerana ia merupakan fitrah bagi manusia hidup berkongsi bumi dengan kepelbagaian agama dan budaya. Selain daripada perintah Allah agar saling berkenal-kenalan, ia juga penting sebagai bekalan mempertahankan agama apabila belaku pencerobohan daripada agama lain atau pihak yang tidak bertanggungjawab.