Thursday, May 16, 2013

Buku: Kaedah-Kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis



Judul: Kaedah-Kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis
Penulis: Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Azhari
Disemak oleh: Dr. Mohd. Puzhi Usop
Penerbit: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Harga: RM 16.90
Status: Rujukan pengajian

Ulasan:
Sekarang ini seolah saya telah menjadi sedikit obses dengan buku-buku yang berkait pengajian syariah seperti buku-buku Usul Fiqh. Namun, saya membelinya mengikut keperluan dan kemampuan kewangan. Tidak boleh membazir membeli buku walau hakikatnya pada saya tidak sedemikian. Tiada pembaziran untuk ilmu. Tetapi janganlah kita mewarisi sifat Bani Israel yang hanya pandai menjunjung kitab Taurat mereka, tetapi tidak pula membaca dan memahaminya.

Sinopsis buku ini saya kongsikan seperti mana yang tercatat daripada laman penerbit buku ini..


***

Usul Fiqh adalah kaedah-kaedah hukum syarak, asas kepada fatwa-fatwa syarak, tumpuan ijtihad dan pengeluaran hukum dan undang-undang akal dan tarjih hukum. Usul Fiqh merupakan jalan untuk mempraktik dan mengekalkan pembukaan pintu ijtihad. Ini adalah kerana kurniaan Allah SWT tidak pernah terhenti dan khazanah-Nya tidak pernah kering dan ini berlainan sekali dengan pendapat golongan yang mendakwa pintu ijtihad sudah tertutup.

Pada dasarnya ilmu Usul Fiqh dibina oleh ulama hadis dan kemudian dikembangkan oleh ulama usul. Begitu ramai sekali tokoh-tokoh yang menghasilkan karya berkaitan Usul Fiqh. Pendekatan yang digunakan juga kadang-kadang berlainan di antara ulama hadis dan ulama usul. Walaubagaimanapun, perbezaannya tidak ketara.

Salah seorang tokoh yang menghasil karya dalam memahami Usul Fiqh yang menggunakan pendekatan ulama hadis ialah Ustaz Zakariya bin Ghulam Qadir Al-Pakistani. Buku yang berjudul Usul Al-Fiqh 'Ala Manhaj Ahli Al-Hadis. Bentuk kaedah usul yang diketengahkan mudah difahami disertakan dengan sokongan daripada pakar Usul Fiqh dari kalangan ulama hadis. Karya beliau itu telah diringkaskan oleh penulis ke dalam Bahasa Melayu, bagi memudahkan kita memahami apa yang dibahaskan. Beberapa persoalan menarik juga diterang di dalam buku ini iaitu berkenaan ahli hadis, fiqh dalam ertikata sebenar dan memahami keadah-kaedah penting usul fiqh.

Dengan kehadiran buku ini, ilmu berkenaan Usul Fiqh itu terus subur dan diminati ramai. Bukan sahaja di kalangan pelajar malah seluruh masyarakat Islam secara umumnya.

***

Di sini saya kongsikan serba ringkas isi kandungan buku ini:

1- Sanjungan Imam-Imam Terkemuka Terhadap Fiqh Ahli Hadis
2- Kaedah-kaedah Penting- Berkaitan Dengan Dalil
3- Kaedah-kaedah Penting Berkait Dengan Ijmak
4- Kaedah-kaedah Penting Berkait Dengan Qiyas
5- Kaedah-kaedah Berkaitan Dengan Perbuatan Rasulullah SAW
6- Kaedah-kaedah Berkaitan Dengan Kata-kata Sahabat (Qawl Al-Sahabi)
7- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Nasikh dan Mansukh
8- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Al-Jam' (Pengumpulan) dan Tarjih (Pemilihan)
9- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Pendalilan Yang Terdapat Pada Lafaz-lafaz Syarak
10- Kaedah-kaedah Penting Berkait Dengan Lafaz Perintah (Al-Amr)
11- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Larangan (Al-Nahyu)
12- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Lafaz Am dan Khas
13- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Kefahaman Terhadap Nas (Mafhum)
14- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum-hukum Taklifi dan Perbuatan Hamba
15- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum Wajib
16- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum Sunat
17- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum Makruh
18- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum Haram
19- Kaedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hukum Harus
20- Kedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Hamba Allah
21- Kedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Ijtihad dan Taqlid
22- Kaedah-kaedah Yang Lain
23- Kedah-kaedah Penting Berkaitan Dengan Bid'ah

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.