Thursday, June 27, 2013

Buku: Ziarah Ke Alam Barzakh


Judul: Ziarah Ke Alam Barzakh
Penulis: Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti
Penerbit: Inteam Publishing
Harga: RM 30.00
Status: Bacaan masa lapang

Ulasan:
Sebaik-baik peringatan ialah kematian dan secerdik-cerdik manusia ialah mereka yang sering mengingati kematian. Kematian dan kemusnahan adalah suatu kepastian. Ia dialami setiap makhluk selain daripada Khaliq iaitu Allah. Hati yang keras, degil, tidak mahu menuruti kehendak agama, sangat baik ianya dibelai dan dipujuk dengan peringatan kematian.

Buku: Agama-agama Di Dunia


Judul: Agama-agama Di Dunia
Penulis: Mohd Rosmizi Abd Rahman, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abdul Mutalib, Roslizawati Mohd Ramly
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Harga: RM 30.00
Status: Rujukan

Ulasan:
Ini merupakan salah satu buku rujukan agama-agama yang wujud di dunia. Ia boleh dijadikan rujukan asas bagi sesiapa yang mengambil jurusan kajian mengenai pengajian agama-agama dunia. Ia tidak termasuk dalam kumpulan rujukan lengkap atau terperinci, tetapi sekadar gambaran awal atau pendedahan asas terhadap sesuatu agama.

Perbincangan ringkas meliputi sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandangan sesebuah agama yang dibincangkan.

Sunday, June 9, 2013

Buku: Solat Sunat Pilihan


Judul: Solat Sunat Pilihan
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.90
Status: Rujukan

Ulasan:
Setelah kita belajar mengetahui dan mendalamani bagaimana melaksanakan ibadah solat dengan cara yang terbaik agar lebih hampir kepada kesempurnaan, maka lebih baik kiranya kita lanjutkan dengan solat-solat sunat atau nafilah. Di pasaran, terdapat banyak buku yang membicarakan solat sunat melalui pelbagai penerbitan.

Malah, saya juga tidak menafikan kepelbagaian dan penulisan yang terlalu banyak ini juga mewujudkan sedikit keraguan dalam penyampaian masej ibadah sunat. Anataranya dalil yang digunakan tiada sandaran yang kukuh, penerangan yang kurang jelas selain kaifiat yang diterangkan tidak disertai dengan dalil yang menyokong.

Buku: Formula Solat Sempurna


Judul: Formula Solat Sempurna
Penulis: Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 25.90
Status: Rujukan

Ulasan:
Apabila Ustaz Zaharuddin meletakkan judul 'formula' ia merujuk kepada kaedah terbaik, yang diterangkan secara terperinci bersandarkan dalil-dalil yang dibawa bersama, berserta perbandiungan ulama mazhab terhadap dalil tersebut untuk mencapai tujuan iaitu 'solat sempurna'.