Wednesday, January 3, 2018

Buku Perang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah lama menyepi daripada blog ini, saya nak berkongsi beberapa buah novel idaman yang ingin dimiliki.

Pernah sebelum ini cuba membaca buku-buku cinta, namun debarannya tidak menyenangkan. Terlalu abstark, bermain-main dengan hati dan perasaan.

Namun, debarannya berbeza apabila membaca buku berkisarkan perang. Ia mwmbawa watak yang lebih hidup dan realiti. Maksudnya perang yang lebih baik daripada pengalaman dan sejarah sebenar, bukan terlalu fiksyen dan direka-reka.

Walaupun impian tidak kesampaian berada benar-benar di medan, berpeluang membaca dan menghayati novel-novel ini sedikit sebanyak mengubat rindu terhadap pakaian celoreng, M-16, Stayer, bere dan rantai yang tertulis nombor tentera.

Apapun, semangat berjihad ini memang sentiasa ada, kerana ini merupakan anjuran. Kefahaman sebuah hadith, jika seseorang muslim mati dan tidak pernah berniat untuk berjiad (berperang melawan kebatilan), matinya adalah dalam keadaan jahiliyyah.

Ini antara buku-buku yang ingin dimiliki dan dibaca. Semoga ku ketemu dengan semuanya.