Wednesday, May 8, 2013

Buku: Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali



Judul: Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali
Penulis: Imam Al-Ghazali
Penyunting: Siti Sumayya Salim
Penerbit: Victory Agencie
Harga: RM 20.00
Status:  Sedang Membaca

Ulasan:
Pertama-tamanya saya benar-benar tidak sangka memperoleh buku ini sebagai hadiah. Buku yang pada saya  antara karya yang perlu saya kagumi hasil daripada kekaguman saya terhadap Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.


Sekiranya kita menyoroti kehidupan Imam Al-Ghazali, kita mendapati bahawa beliau seseorang yang suka mengkaji, menganalisis dan mencari kebenaran. Walaupun ada penulisan beliau menerima  kritikan kerana dajat hadith yang disertakan tidak mencapai tahap sahih. Ini kita boleh terima kerana Imam Al-Ghazali bukanlah 'ahli' atau pakar dalam ilmu hadith. Pendokong kepada ilmu kalam ini banyak berbicara menggunakan logik akal yang dibimbing dengan cahaya wahyu. Akhirnya, penulisan yang dihasilkan mencapai tahap pemikiran yang kritis dan kritikal pada hemat saya. Sekiranya seseorang berdalih menggunakan akalnya sendiri, menolak, menafikan dan memendang entang segala kewajiban, perkara yang dituntut serta nilai-nilai Islam, maka hujjah dan penjelasan yang diberikan beliau awal-awal lagi mematahkan cara berfikir yang sedemikian tadi.

Apabila kita menuntut ilmu, kononnya mahu mendekatkan diri kepada Allah, tetapi Imam Al-Ghazali mengetengahkan beberapa isu dan persoalan mengenai niat dan keikhlasan seseorang yang menuntut ilmu. Sehingga menjadikan orang yang menuntut ilmu perlu benar-benar ikhlas, bersikap tawadhuk dan mengamalkan ilmu yang dipelajari selain menyebarkannya. Akhirnya, hujjah dalam bentuk pemikiran kritis ini mampu menjana pemikiran umat Islam dengan lebih baik dalam menempuh kehidupan yang semakin pelbagai ragamnya.

Sekiranya kita menyelami susunan bab yang disusun oleh beliau, kita akan melihat akan keutamaan terhadap perkara yang diperbincangkan.

Bab-bab di dalam buku ini adalah seperti berikut:
1- Peringkat Ilmu dan Makrifat
2- Peringkat Taubat
3- Mukadimah Taubat
4- Peringkat Rintangan
5- Peringkat Godaan
6- Peringkat Pendorong
7- Peringkat Hinaan
8- Peringkat Puji Dan Syukur

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.