Wednesday, May 8, 2013

Buku: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati


Judul: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati
Penulis: Ismail Said
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Status:  Selesai Dibaca

Ulasan:
Sekian lama saya telah habis membaca buku ini. Saya membelinya akibat lonjakan dalam diri untuk mengetahui secara lebih dalam tokoh awal perjuangan Islam, Melayu dan kemerdekaan ketika zama pra-merdeka dan pasca-merdeka ini. Susuk tubuh beliau saya mulai kenal melalui pembelajaran subjek sejarah ketika zaman persekolahan dahulu. Pengenalan berbentuk negatif yang ditonjolkan melalui bahan sejarah sekolah, sebagai seorang pembangkang berhaluan kiri. Hanya UMNO yang betul dan merupakan pejuang sejati. Betulkah? Kenapa susuk tubuh ini dicop negatif dalam sejarah Malaysia yang disusun oleh kerajaan Malaysia?


Beliau merupakan antara pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, malah selepas merdeka pun. Walaupun tidak mengambil jurusan agama di peringkat pengajian tinggi, namun didikan awal kanak-kanaknya membuahkan kefahaman terhadap perjuangan menegakkan agama dan bangsa Melayu.

Sinopsis buku:
Perjuangan menutut kemerdekaan dan pembelaan nasib bangsa Melayu seringkali ditonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan pihak menang. Pihak yang menang seringkali memaparkan sesuatu mengikut persepsi mereka. dalam konteks ini, UMNO dan tokoh-tokoh awalnya seringkali dijelmakan sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malahan Tunku Abdul Rahman juga telah dianggap sebagai 'Bapa Kemerdekaan' negara. nama-nama seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ishak Haji Mohamad, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dab Ahmad Boestamam dilupai, mereka telah dianggap golongan kiri atau golongan arus bawah yang tidak berfungsi langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Apakah tanggapan ini benar? Buku ini cuba menjawab pertanyaan ini dengan memfokuskan kepada perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi semasa berada dalam PKMM dan PAS.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda lebih menghayati sejarah dan erti 'sebuah perjuangan'.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.