Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Wednesday, January 3, 2018

Buku Perang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah lama menyepi daripada blog ini, saya nak berkongsi beberapa buah novel idaman yang ingin dimiliki.

Pernah sebelum ini cuba membaca buku-buku cinta, namun debarannya tidak menyenangkan. Terlalu abstark, bermain-main dengan hati dan perasaan.

Namun, debarannya berbeza apabila membaca buku berkisarkan perang. Ia mwmbawa watak yang lebih hidup dan realiti. Maksudnya perang yang lebih baik daripada pengalaman dan sejarah sebenar, bukan terlalu fiksyen dan direka-reka.

Walaupun impian tidak kesampaian berada benar-benar di medan, berpeluang membaca dan menghayati novel-novel ini sedikit sebanyak mengubat rindu terhadap pakaian celoreng, M-16, Stayer, bere dan rantai yang tertulis nombor tentera.

Apapun, semangat berjihad ini memang sentiasa ada, kerana ini merupakan anjuran. Kefahaman sebuah hadith, jika seseorang muslim mati dan tidak pernah berniat untuk berjiad (berperang melawan kebatilan), matinya adalah dalam keadaan jahiliyyah.

Ini antara buku-buku yang ingin dimiliki dan dibaca. Semoga ku ketemu dengan semuanya.

Thursday, June 27, 2013

Buku: Agama-agama Di Dunia


Judul: Agama-agama Di Dunia
Penulis: Mohd Rosmizi Abd Rahman, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abdul Mutalib, Roslizawati Mohd Ramly
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Harga: RM 30.00
Status: Rujukan

Ulasan:
Ini merupakan salah satu buku rujukan agama-agama yang wujud di dunia. Ia boleh dijadikan rujukan asas bagi sesiapa yang mengambil jurusan kajian mengenai pengajian agama-agama dunia. Ia tidak termasuk dalam kumpulan rujukan lengkap atau terperinci, tetapi sekadar gambaran awal atau pendedahan asas terhadap sesuatu agama.

Perbincangan ringkas meliputi sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandangan sesebuah agama yang dibincangkan.

Friday, May 10, 2013

Buku: Sejarah Eropah



Judul: Sejarah Eropah
Penulis: Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harga: Tidak tercacat
Status:  Bacaan masa lapang

Ulasan:
Saya sangat minat sejarah. Saya juga tidak suka membaca sejarah dari sebelah pihak juga. Malah, saya sangat teruja untuk mengaitkan dan membandingkan sejarah-sejarah agar dapat 'melihat' dan menilai sesuatu sejarah dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh.

Saya membeli buku Sejarah Eropah ini ada maksudnya. Saya ingin mengetahui perkembangan sejarah Eropah yang berkait secara langsung dengan tuhan-tuhan mereka serta agama Kristian yang menjadi agama rasmi mereka kemudiannya. Semasa belajar di Mesir, saya belajar mengenai agama Yahudi dan Kristian. Maka, secara langsung persekitarannya ada kaitan dengan bangsa Eropah atau Rom.

Wednesday, May 8, 2013

Buku: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati


Judul: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati
Penulis: Ismail Said
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Status:  Selesai Dibaca

Ulasan:
Sekian lama saya telah habis membaca buku ini. Saya membelinya akibat lonjakan dalam diri untuk mengetahui secara lebih dalam tokoh awal perjuangan Islam, Melayu dan kemerdekaan ketika zama pra-merdeka dan pasca-merdeka ini. Susuk tubuh beliau saya mulai kenal melalui pembelajaran subjek sejarah ketika zaman persekolahan dahulu. Pengenalan berbentuk negatif yang ditonjolkan melalui bahan sejarah sekolah, sebagai seorang pembangkang berhaluan kiri. Hanya UMNO yang betul dan merupakan pejuang sejati. Betulkah? Kenapa susuk tubuh ini dicop negatif dalam sejarah Malaysia yang disusun oleh kerajaan Malaysia?