Thursday, May 9, 2013

Buku: 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH



Judul: 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH
Penyusun: Hj. NIk Azran Muhamed
Penerbit: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Harga: Tidak Tercatat (Dibeli dengan harga LE 21)
Status:  Bacaan Motivasi

Ulasan:
Saya berminat unruk membawa satu ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan 'nilai' hikmah atau dalam Bahasa Melayu mudah diertikan sebagai 'kebijaksanaan'.

Firman Allah SWT:

Allah menganugerahkan 'al-hikmah' (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal ialah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). 
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu;

Bahagian pertama berbicara mengenai biografi ringkas Saidina Ali bin Abi Talib. Antaranya wasiat bapanya iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib, pengorbanan Saidina Ali kepada Nabi Muhammad SAW, keislaman, ISteri dan anak-anak, perkahwinan, gelaran, bukti kecerdikan, peperangan yang disertai dan kewafatannya.

Di bahagian kedua pula menyenaraikan kata-kata hikmah Saidina Ali KWH. Keseluruhan kata-kata hikmah ini disusun mengikut abjad bahasa Arab bermula huruf Alif sehingga huruf Ya. Sebanyak 400 kata-kata hikmah yang disusun di dalam buku ini.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib.

1- "Pilihlah untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah orang yang adil dan janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim."

2- "Senyuman boleh menyuburkan ikatan kasih sayang."

3- "Hendaklah kamu memakai wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu."

4- "Hasil (faedah daripada kecuaian ialah penyesalan manakala hasil daripada sifat merendah diri ialah selamat."

5- "Berhati-hati tidak mampu mengelakkan diri daripada ketentuan Allah SWT."

6- "Sebaik-baik kata ialah yang dibenarkan (diterjemahkan) oleh perbuatan."

7- "Hutang ibarat hamba, maka janganlah engkau menyerahkan hambamu kepada sesiapa yang tidak mengerti akan hakmu."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.