Wednesday, May 8, 2013

Buku: As-Syamail Al-Muhammadiyah



Judul: As-Syamail Al-Muhammadiyah (Judul Baru)
Penulis: Imam Tirmizi
Penterjemah Bahasa Arab: Muhammad Masnur Hamzah
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Harga: RM 35.00
Status:  Rujukan Hadith
*Cetakan lama menggunakan judul "Syamail Muhammadiyah"

Sinopsis:
Buku ini boleh diklasifikasikan sebagai buku teragung himpunan hadith untuk mengenali keperibadian Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. Inilah keperibadian yang sangat sempurna dicerikatan serta dikhabarkan sepanjang zaman. Adakah yang sesempurna ini diceritakan biografi seseorang selain makhluk teragung ini?


Firman Allah SWT yang bemaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad!): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (meneladani dan mengikut suruhan), necaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(Surah Ali Imran 3:31)

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan harian. Jika sudah berkahwin, jadikanlah ia bacaan harian selepas solat fadhu. Berkongsi, bercerita dan bertukar pandangan agar peribadi ini menjadi ikutan terbaik di dalam kehidupan seharian. Tanpa mengenal faktor usia, buku ini sebaiknya dibacakan dan diajarkan kepada setiap orang. Atas inisiatif sendiri, seseorang perlu berusaha mengenali Rasulullah SAW sebaik mungkin. Layakkah kita apabila tidak mahu mengenali peribadi susuk tubuh ini, tetapi beriya berdoa untuk mendapat syafaat di akhirat nanti? Malah, telah terbukdi melalui sabda Nabi Muhammad SAW bahawa seseorang akan bersama orang yang dicintainya di dalam syurga. Moga kita tergolong bersama orang yang mengenali, mencintai dan merindui Nabi Muhammad SAW.

Kandungan:
1- Fizikal Rasulullah
2- Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
3- Rambut Rasulullah
4- Cara Rasulullah Merapikan Ramput
5- Uban Rasulullah
6- Semir Rambut Rasulullah
7- Celak Mata Rasulullah
8- Pakaian Rasulullah
9- 'Isy Rasulullah
10- Kasut Rasulullah
11- Sandal Rasulullah
12- Cincin Rasulullah
13- Cara Rasulullah Memakai Cincin
14- Pedang Rasulullah
15- Baju Besi Rasulullah
16- Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
17- Serban Rasulullah
18- Kain Sarung Rasulullah
19- Cara Rasulullah Berjalan
20- Kain Penutup Kepala
21- Cara Rasulullah Duduk
22- Tempat Rasulullah Bersandar
23- Cara Rasulullah Bersandar
24- Cara Rasulullah Makan
25- Jenis Roti Yang Dimakan Rasulullah
26- Lauk Yang Dimakan Rasulullah
27- Wuduk Rasulullah
28- Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
29- Cawan Minum Rasulullah
30- Buah-buhan Yang Dimakan Rasulullah
31- Minuman Rasulullah
32- Cara Rasulullah Minum
33- Wangian Rasulullah
34- Cara Rasulullah Berbicara
35- Cara Rasulullah Tertawa
36- Cara Rasulullah Bergurau
37- Syair Rasulullah
38- Bual Bicara Rasulullah
39- Cara Tidur Rasulullah
40- Ibadah Rasulullah
41- Solat Dhuha Rasulullah
42- Solat Sunah Rasulullah Di Rumah
43- Puasa Rasulullah
44- Cara Rasulullah Membawa Quran
45- Tangisan Rasulullah
46- Tempat Tidur Rasulullah
47- Sifat Tawaduk Rasulullah
48- Akhlak Rasulullah
49- Sifat Malu Rasulullah
50- Berbekam
51- Nama-nama Rasulullah
52- Kehidupan Rasulullah
53- Usia Rasulullah
54- Kewafatan Rasulullah
55- Harta Warisan Rasulullah
56- Melihat Rasulullah Dalam Tidur

Terima kasih kepada yang menghadiahkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.