Wednesday, May 8, 2013

Buku: Muqaddimah Pengajian Islam



Judul: Muqaddimah Pengajian Islam
Penulis: Nazzwardi Abu Bakar Aly
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Harga: RM 18.00
Status:  Rujukan Pengajian

Sinopsis:
Di dalam pengajian ilmu-ilmu Islam di Malaysia, subjek 'pengajian Islam' merupakan asas atau dasarnya bagi orang awam. Ianya merangkumi secara ringkas segala ilmu yang berkaitan dengan perbincangan agama Islam itu sendiri. Ringkasnya, Islam merupakan agama yang terdiri daripada tiga rangkaian utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Ketiga-tiga elemen tersebut merupakan lambang kesyumulan agama Islam.


Hanya Islam yang mempunyai rujukan, panduan serta perlembagaan lengkap perjalanan kehidupan seseorang manusia di atas muka bumi ini. Agama Islam yang bercirikan Rabbaniyyah (Ketuhanan) menjamin segala yang ditetapkan adalah terbaik kepada manusia kerana hanya pencipta lebih tahu tentang ciptaannya. Bermakna Allah Maha Mengatahui tentang keperluan dan 'selok'belok' makhluk-Nya.

Rangkaian akidah, ibadah dan akhlak ini semua bersumberkan daripada sumber agama yang diyakini. Sumber-sumber agama ini wujud sebagai pedoman bagi manusia. Tiada agama samawi lain seperti Kristian dan Yahudi, serta agama kebudayaan lain seperti Hindu, Buddha, Konfusianisme dan sebagainya mempunyai rujukan dasar dan lengkap bagi penganut mereka. Malah Islam adalah pedoman bersifat sejagat.

Kandungan buku ini secara ringkas:

Bab 1: Beberapa Konsep Dalam Islam
Bab 2: Pengajian Ilmu-ilmu Islam
  Fasal 1: Ulum Al-Quran
  Fasal 2: Ulum As-Sunnah (Al-Hadith)
  Fasal 3: Ulum Syariah
  Fasal 4: Ilmu Sejarah Islam
  Fasal 5: Ilmu Tauhid
Bab 3: Ilmu Menurut Perspektif Islam

Walaupun di dalam buku ini tidak meletakkan secara khusus fasal yang berkaitan akhlak atau tasawwuf, tetapi inilah ia bidang-bidang asas atau permulaan di dalam pengajian Islam.

Sekiranya kita mahu melakukan perbandingan secara heirarki kedudukan ilmu-ilmu di dalam Islam, kita boleh pecahkan sebagai contoh berikut;

Peringkat 1: Muqaddimah Pengajian Islam
Peringkat 2: Penghantar Syariat Islam
Peringkat 3: Perbahasan Susul Al-Ahkam / Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah

Dan peringkat seterusnya. Moga terdapat kebaikan kita mendalami ilmu-ilmu Islam. Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.