Thursday, May 9, 2013

Buku: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian



Judul: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian
Penulis: Mohd Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon
Penerbit: Jawatankuasa Penaja PERKIM Jalan Ampang
Harga: Tidak tercatat
Status:  Rujukan perbandingan agama

Ulasan:
Ketika di Mesir, kami ada juga mempelajari mengenai agama Kristian dan Yahudi walaupun tidak terperinci dan mensalam sepertimana pelajar yang mengambil jurusan Akidah dan Falsafah. Antara buku yang masyhur menerangkan perbandingan agama ini ialah buku yang berjudul 'Milal wa Nihal' ditulis oleh Imam Syahrastani.

Ilmu perbandingan agama sangat penting dipelajari dan diketahui oleh umat Islam. Ini kerana ia merupakan fitrah bagi manusia hidup berkongsi bumi dengan kepelbagaian agama dan budaya. Selain daripada perintah Allah agar saling berkenal-kenalan, ia juga penting sebagai bekalan mempertahankan agama apabila belaku pencerobohan daripada agama lain atau pihak yang tidak bertanggungjawab.


Antara tokoh perbandingan agama kontemporari ialah Al-Marhum Ustaz Ahmad Deedat, kelahiran Afrika. Kini yang menjadi penggantinya, juga merupakan salah seorang murid Ahmad Deedat ialah Dr. Zakir Naek. Di Malaysia juga terdapat bangak tokoh perbandingan agama yang membantu secara tidak langsung ke arah keharmonian sejagat.

Islam merupakan agama pelengkap dan penyempurna seluruh agama yang terdahulu, Kristian dan Yahudi. Kedua-dua agama ini telah diselewengkan oleh pendeta dan rahib mereka. Hanya panduan dan sumber daripada Al-Quran terpelihara dan terjaga sehingga hari akhirat. Malah ia dijamin oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran.

Buku ini saya beli ketika menghadiri sebuah seminar ringkas mengenai dakwah kepada non-Muslim di Malaysia anjuran IKRAM di Hotel Putra Jalan Tun Razak. Sebelah Hospital Pusrawi, sederet Perpustakaan Negara, Pusat darah Negara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya.

Di sini saya menyenaraikan serba ringkas isi kandungan buku:

Persoalan 1:
Bagaimanakah asal usul perkataan 'Kristian'?

Persoalan 2:
Apakah perbezaan tumpuan antara Islam dan agama Kristian?

Persoalan 3:
Apakah Jesus seorang Yahudi atau sebahagian daripada Bani Israel sahaja ataupun kedua-duanya?

Persoalan 4:
Jelaskan secara ringkas kehidupan Jesus

Persoalan 5:
Bagaimanakan keadaan pengikut Jesus setelah baginda diangkat ke langit?

Persoalan 6:
Apakah perbezaan utama antara kepercayaan Gereja Roman Katolik dengan Gereja Protestant?

Persoalan 7:
Bagaimanakan asas kepercayaan Kristian?

Semoga ia bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.