Wednesday, May 8, 2013

Buku: Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi



Judul: Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi
Penulis: Ahmad Mahdzan Ayob
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM 19.00
Status:  Rujukan Penyelidikan

Ulasan:
Saya membeli buku ini pada 13 Ramadhan 1426H bersamaan 17 Oktober 2005. Ketika itu, buku ini masih baru kerana Edidi ketiga ini diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini dibeli atas kapasiti sebagai rujukan bagi subjek Metodologi Penyelidikan ketika memasuki semester keempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


Setelah sekian lama, saya menyedari bahawa atas lapangan penyelidikan sosioekonomi ini kurang sesuai digunakan bagi penyelidik bidang pengajian Islam yang kajiannya tertumpu kepada kajian kepustakaan. Walaupun dari segi asas kepada penyelidikan ianya sama dengan keperluan penyelidikan kepustakaan. Sya bukanlah pakar dalam bidang ini, namun apabila saya ingin membuat proposal pengajian sarjana saya merasakan kepelbagaian rujukan yang perlu saya ada. Inilah buku kaedah penyelidikan yang pertama sekali saya miliki.

Mari kita lihat serba ringkas kandungan buku ini:
Bab 1: Falsafah Penyelidikan
Bab 2: Langkah Utama Dalam Penyelidikan
Bab 3: Menyediakan Cadangan Projek Penyelidikan
Bab 4: Pengumpulan Data
Bab 5: Pengukuran
Bab 6: Persampelan
Bab 7: Kerja lapangan
Bab 8: Pengujian Hipotesis Berstatistik
Bab 9: Analisis Multivariat
Bab 10: Pengenalan Kepada SPSS Windows versi 10
Bab 11: Analisis Lanjutan Dengan SPSS Windows
Bab 12: Melaporkan Penyelidikan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.