Thursday, May 16, 2013

Buku: Kaedah-Kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis



Judul: Kaedah-Kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis
Penulis: Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Azhari
Disemak oleh: Dr. Mohd. Puzhi Usop
Penerbit: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Harga: RM 16.90
Status: Rujukan pengajian

Ulasan:
Sekarang ini seolah saya telah menjadi sedikit obses dengan buku-buku yang berkait pengajian syariah seperti buku-buku Usul Fiqh. Namun, saya membelinya mengikut keperluan dan kemampuan kewangan. Tidak boleh membazir membeli buku walau hakikatnya pada saya tidak sedemikian. Tiada pembaziran untuk ilmu. Tetapi janganlah kita mewarisi sifat Bani Israel yang hanya pandai menjunjung kitab Taurat mereka, tetapi tidak pula membaca dan memahaminya.

Sinopsis buku ini saya kongsikan seperti mana yang tercatat daripada laman penerbit buku ini..

Wednesday, May 15, 2013

Friday, May 10, 2013

Buku: Sejarah Eropah



Judul: Sejarah Eropah
Penulis: Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harga: Tidak tercacat
Status:  Bacaan masa lapang

Ulasan:
Saya sangat minat sejarah. Saya juga tidak suka membaca sejarah dari sebelah pihak juga. Malah, saya sangat teruja untuk mengaitkan dan membandingkan sejarah-sejarah agar dapat 'melihat' dan menilai sesuatu sejarah dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh.

Saya membeli buku Sejarah Eropah ini ada maksudnya. Saya ingin mengetahui perkembangan sejarah Eropah yang berkait secara langsung dengan tuhan-tuhan mereka serta agama Kristian yang menjadi agama rasmi mereka kemudiannya. Semasa belajar di Mesir, saya belajar mengenai agama Yahudi dan Kristian. Maka, secara langsung persekitarannya ada kaitan dengan bangsa Eropah atau Rom.

Thursday, May 9, 2013

Buku: Ijtihad Di Dalam Fiqh Perubatan



Judul: Ijtihad Di Dalam Fiqh Perubatan
Penulis: Dr. Muhammad Sulaiman Al-Ashqar
Penerbit: Pustaka Syuhada
Harga: RM 21.00 (Dibeli dengan harga RM 10.00)
Status:  Rujukan pengajian

Ulasan:
Buku ini saya beli di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2013) yang berlangsung 27 April 2013 sehingga 4 Mei 2013. Apa yang menarik perhatin saya untuk membeli buku ini ialah tajuknya, harganya dan perbincangan di dalamnya.

Mengenai tajuknya, minat saya terhadap perubatan dan kaitan dengan kaedah fiqh Islam serta aplikasi kontemporari mendorong saya menyelongkar dengan lebih banyak-tajuk-tajuk yang termasuk dalam bidang ini. Di Mesir saya mengambil subjek Fiqh Tibbiyyah al-Mu'asarah atau nama lainnya 'Fiqh Perubatan Kontemporari'.

Buku: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian



Judul: 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian
Penulis: Mohd Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon
Penerbit: Jawatankuasa Penaja PERKIM Jalan Ampang
Harga: Tidak tercatat
Status:  Rujukan perbandingan agama

Ulasan:
Ketika di Mesir, kami ada juga mempelajari mengenai agama Kristian dan Yahudi walaupun tidak terperinci dan mensalam sepertimana pelajar yang mengambil jurusan Akidah dan Falsafah. Antara buku yang masyhur menerangkan perbandingan agama ini ialah buku yang berjudul 'Milal wa Nihal' ditulis oleh Imam Syahrastani.

Ilmu perbandingan agama sangat penting dipelajari dan diketahui oleh umat Islam. Ini kerana ia merupakan fitrah bagi manusia hidup berkongsi bumi dengan kepelbagaian agama dan budaya. Selain daripada perintah Allah agar saling berkenal-kenalan, ia juga penting sebagai bekalan mempertahankan agama apabila belaku pencerobohan daripada agama lain atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buku: Panduan Lengkap Mengurus Jenazah



Judul: Panduan Lengkap Mengurus Jenazah
Penyusun: Md Uqbah An Nafiq
Penerbit: Darul Nu'man
Harga: RM 7.00
Status:  Bacaan Ibadah

Ulasan:
Dulu semasa saya tingkatan tiga di Sekolah Agma Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, saya terlibat menjadi salah seorang perserta Amal Islami acara Tajhiz Jenazah. Namun, seingat saya, hanya ke peringkat zon. Selpas itu, tidak terlibat secara langsung dengan acara pengurusan jnezah, apatah lagi mengurusnya secara langsung.

Sekian lama, saya teringat mengenainya. Ingin belajar dan mengingatinya kembali. Makan atas desakan itu, saya membeli sebuah buku kecil ini yang boleh diistilahkah sebagai 'kutaib' dalam bahasa Arab yang bermaksud 'buku kecil'. 'Kitab' bermaksud sebuah buku, 'kutub' bermaksud buku yang banyak.

Buku: 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH



Judul: 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH
Penyusun: Hj. NIk Azran Muhamed
Penerbit: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Harga: Tidak Tercatat (Dibeli dengan harga LE 21)
Status:  Bacaan Motivasi

Ulasan:
Saya berminat unruk membawa satu ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan 'nilai' hikmah atau dalam Bahasa Melayu mudah diertikan sebagai 'kebijaksanaan'.

Firman Allah SWT:

Allah menganugerahkan 'al-hikmah' (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal ialah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). 

Wednesday, May 8, 2013

Buku: Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW



Judul: Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW
Penulis: Prof. Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin
Penerbit: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Harga: Tidak Tercatat
Status:  Rujukan Pengajian

Saya mengenali penulis secara peribadi kerana penulis merupakan bekas majikan di tempat saya bekerja dan juga Yang DiPertua di salah sebuah NGO dakwah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya serta mantan Ketua Jabatan tersebut. Kini, beliau merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta (KIAS) bertempat di Kelantan.

Buku: Israiliyyat dan Hadith Palsu



Judul: Israiliyyat dan Hadith Palsu
Penulis: Dr. Ahmad najib Abdullah Al-Qari
Penerbit: Perniagaan Buku Hikmah
Harga: RM 10.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Dua perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam iaitu khabar Israiliyyah dan hadith Palsu. Israiliyyah bermaksud pengkhabaran yang datangnya daripada sumber orang Yahudi sama ada di dalam kitab-kitab mereka atau penghabaran dari generasi ke generasi. Hadith palsu pula adalah perkataan atau ucapan yang direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mengaitkannya kepada Nabi Muhammad SAW. Israiliyyah banyak terdapat di dalam kitab-kitab tafsir Al-Quran dan hadith palsu pula wujud di pelbagai bidang di seluruh pelosok dunia.

Buku: Pemikiran Islam Di Malaysia Sejarah dan Aliran



Judul: Pemikiran Islam Di Malaysia Sejarah dan Aliran
Penulis: Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah
Penerbit: Gema Insani Press
Harga: Tidak Tercatat
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini saya ketemui ketika berada di Tanta, Mesir dalam simpanan seorang sahabat senior bernama Abdul Muin bin Abdul Manan. Ketika ke biliknya, saya kegum dengan kepelbagaian buku yang dimilikinya. Dalam banyak buku yang terpikat, hanya buku ini yang berada di kedudukan teratas. Tidak molek pula andai mahu pinjam dengan bilangan sedozen.

Buku: Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi



Judul: Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi
Penulis: Ahmad Mahdzan Ayob
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM 19.00
Status:  Rujukan Penyelidikan

Ulasan:
Saya membeli buku ini pada 13 Ramadhan 1426H bersamaan 17 Oktober 2005. Ketika itu, buku ini masih baru kerana Edidi ketiga ini diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini dibeli atas kapasiti sebagai rujukan bagi subjek Metodologi Penyelidikan ketika memasuki semester keempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Buku: Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali



Judul: Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali
Penulis: Imam Al-Ghazali
Penyunting: Siti Sumayya Salim
Penerbit: Victory Agencie
Harga: RM 20.00
Status:  Sedang Membaca

Ulasan:
Pertama-tamanya saya benar-benar tidak sangka memperoleh buku ini sebagai hadiah. Buku yang pada saya  antara karya yang perlu saya kagumi hasil daripada kekaguman saya terhadap Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

Buku: Pengantar Syari'at Islam



Judul: Pengantar Syari'at Islam
Penulis: Mohd. Salleh Haji Ahmad
Penerbit: Pustaka Haji Abdul majid
Harga: RM 21.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini saya beli seiringan dengan buku Muqaddimah Pengajian Islam. Ketika berada di semester pertama pengajian syariah, saya berusaha untuk memahami perdahuluan atau asas pengajian syariah ini. Walaupun saya mengaku tidak memulakan dengan merujuk sumber bahasa Arab yang lebih tinggi 'nilai' ilmunya, namun rujukan yang pelbagai ini serba sedikit dapat membantu saya. Selain itu, ia adalah daripada cadangan pensyarah yang mengajar iaitu Dr. Lukman bin Abdul Mutalib.

Buku: Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah



Judul: Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah
Penulis: Abdul Azib Hussain
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 30.00
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini telah saya beli terlebih dahulu sebelum daripada buku Perbahasan Usul Al-Ahkam dan buku Usul Fiqh & Kaedah Usul Fiqh. Penulisnya merupakan graduan Universiti Al-Azhar dan saya sempat bertemunya di Mesir. Buku di atas tajuk dan penulis yang sama telah saya beli di Mesir cetakan PMRAM. Boleh jadi saya membeli buku ini kerana kesilapan tidak menyedari bahawa saya telah pun memilikinya.

Buku: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati


Judul: Dr. Buhanuddin Al-Helmi Pejuang Melayu Sejati
Penulis: Ismail Said
Penerbit: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Harga: RM 20.00
Status:  Selesai Dibaca

Ulasan:
Sekian lama saya telah habis membaca buku ini. Saya membelinya akibat lonjakan dalam diri untuk mengetahui secara lebih dalam tokoh awal perjuangan Islam, Melayu dan kemerdekaan ketika zama pra-merdeka dan pasca-merdeka ini. Susuk tubuh beliau saya mulai kenal melalui pembelajaran subjek sejarah ketika zaman persekolahan dahulu. Pengenalan berbentuk negatif yang ditonjolkan melalui bahan sejarah sekolah, sebagai seorang pembangkang berhaluan kiri. Hanya UMNO yang betul dan merupakan pejuang sejati. Betulkah? Kenapa susuk tubuh ini dicop negatif dalam sejarah Malaysia yang disusun oleh kerajaan Malaysia?

Buku: As-Syamail Al-Muhammadiyah



Judul: As-Syamail Al-Muhammadiyah (Judul Baru)
Penulis: Imam Tirmizi
Penterjemah Bahasa Arab: Muhammad Masnur Hamzah
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Harga: RM 35.00
Status:  Rujukan Hadith
*Cetakan lama menggunakan judul "Syamail Muhammadiyah"

Sinopsis:
Buku ini boleh diklasifikasikan sebagai buku teragung himpunan hadith untuk mengenali keperibadian Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. Inilah keperibadian yang sangat sempurna dicerikatan serta dikhabarkan sepanjang zaman. Adakah yang sesempurna ini diceritakan biografi seseorang selain makhluk teragung ini?

Buku: Muqaddimah Pengajian Islam



Judul: Muqaddimah Pengajian Islam
Penulis: Nazzwardi Abu Bakar Aly
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Harga: RM 18.00
Status:  Rujukan Pengajian

Sinopsis:
Di dalam pengajian ilmu-ilmu Islam di Malaysia, subjek 'pengajian Islam' merupakan asas atau dasarnya bagi orang awam. Ianya merangkumi secara ringkas segala ilmu yang berkaitan dengan perbincangan agama Islam itu sendiri. Ringkasnya, Islam merupakan agama yang terdiri daripada tiga rangkaian utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Ketiga-tiga elemen tersebut merupakan lambang kesyumulan agama Islam.

Buku: Usul Fiqh dan Kedah Fiqh (Modular STPM)


Judul: Usul Fiqh dan Kedah Fiqh (Modular STPM)
Penulis: Dr. Ab Latif Muda dan Dr. R$osmawati Ali@ Mat Zin
Penerbit: Pustaka Salam
Harga: RM 22.00
Status:  Rujukan Pengajian

Sinopsis:

Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku berkaitan Usul Fiqh dan Kedah Fiqh. Buku ini merupakan rujukan modular bagi pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran malaysia (STPM). Buku ini berbahasa Melayu dan menggunakan tulisan rumi.