Thursday, June 27, 2013

Buku: Ziarah Ke Alam Barzakh


Judul: Ziarah Ke Alam Barzakh
Penulis: Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti
Penerbit: Inteam Publishing
Harga: RM 30.00
Status: Bacaan masa lapang

Ulasan:
Sebaik-baik peringatan ialah kematian dan secerdik-cerdik manusia ialah mereka yang sering mengingati kematian. Kematian dan kemusnahan adalah suatu kepastian. Ia dialami setiap makhluk selain daripada Khaliq iaitu Allah. Hati yang keras, degil, tidak mahu menuruti kehendak agama, sangat baik ianya dibelai dan dipujuk dengan peringatan kematian.


Orang yang takut dengan kehendak dan nafsu yang tidak pernah cukup di dunia, pasti akan bimbang menemui kematian. Sedangkan mereka yang merasa dunia ini tiada erti, selain jambatan menuju akhirat, pasti sangat rindu menemui kematian. Mereka akan sentiasa merenungi kelemahan diri dan usaha bersungguh memenuhi kehendak dan keperluan kematian.

Meruntun jiwa agar sentiasa benar-benar bergantung kepada Allah SWT bukanlah mudah diperoleh dengan memetik jari. Ia perlu diusahakan, difikirkan dengan mendalam, melepasi ilmu zahir, hakikat dan makrifat. Sehingga merasakan dan meyakini, kehidupan ini dicipta untuk kematian. Tanpa kematian, tidak bermakna sesebuah kehidupan. Meredhai kematian bermakna meredhai Allah SWT.

Di sini saya kongsikan apa yang dibincangkan oleh Al-Imam di dalam bukunya. Ianya tidak ditulis sebagai bab-bab tertentu, sekadar perbincangan yang dipisahkan.

1- Pendahuluan
2- Sekilas tentang awal kematian
3- Larangan mengharapkan kematian ketika ditimpa musibah
4- Keutamaan umur panjang dalam ketaatan kepada Allah SWT
5- Mengharapkan kematian kerana takut fitnah
6- Keutamaan kematian
7- Mengingat mati dan mempersiap diri menghadapi kematian
8- Menginat kematian
9- Berprasangka baik dan takut kepada Allah
10- Yang mengingatkan pada kematian
11- Tanda-tanda husnul khatimah
12- Sakaratulmaut, metode kematian dan penderitaannya
13- Doa-doa dan bacaan bagi orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut
14- Malaikat maut dan para pembantunya
15- Tibanya ajal di setiap tahun
16- Berbagai kisah tentang orang mati
17- Pertemuan para arwah dan dialog di antara mereka
18- Mayat mengenal orang-orang di sekelilingnya
19- Ucapan para malaikat pengiring jenazah
20- Langit dan bumi menangisi kematian seorang mukmin
21- Kembalinya seorang hamba ke tempat asalnya
22- Ucapan-ucapan ketika menguburkan jenazah
23- Himpitan kubur bagi setiap orang
24- Ucapan kubur kepada mayat
25- Fitnah kubur dan pertanyaan dua malaikat
26- Orang-orang yang tidak ditanya di dalam kubur
27- Kemudahan dan keluasan kubur bagi orang mukmin
28- Azab kubur
29- Hal-hal yang dapat menghindarkan azab kubur
30- Keadaan mayat dalam kubur
31- Ziarah kubur
32- Persemayaman para arwah
33- Penampakan syurga dan neraka kepada mayat setiap hari
34- Penampakan amal orang hidup kepada orang mati
35- Berbagai hal yang menghalang roh menempati tempatnya yang mulia
37- Wasiat
38- Pertemuan arwah orang yang mati dan arwah orang hidup dalam tidur
39- Berita dari orang yang bermimpi bertemu dengan orang yang sudah mati
40- Penderitaan orang mati kerana celaan orang hidup
41- Penderitaan mayat akibat ratapan orang atas dirinya
42- Pendertitaan orang mati oleh segala hal yang menyakitkan
43- Dua malaikat penjaga kubur orang mukmin
44- Hal-hal yang bermanfaat bagi mayat di dalam kuburnya
45- Membaca Al-Quran untuk orang mati
46- Saat meniggal yang paling baik
47- Amal-amal yang mempercepat pelakunya masuk syurga
48- Kehancuran jasad manusia selain jasad para nabi
49- Beberapa hal yang berkaitan dengan arwah

Sa'id ibn Jubair berkata: "Sesungguhnya kehidupan harian orang muslim adalah keberuntungan kerana ketaatannya mengerjakan semua kewajiban dan solat lima waktunya, serta kerana kesempatan yang diberikan kepadanya untuk selalu mengingati Allah." (Riwayat Abu Nu'aim)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.