Thursday, June 27, 2013

Buku: Agama-agama Di Dunia


Judul: Agama-agama Di Dunia
Penulis: Mohd Rosmizi Abd Rahman, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abdul Mutalib, Roslizawati Mohd Ramly
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Harga: RM 30.00
Status: Rujukan

Ulasan:
Ini merupakan salah satu buku rujukan agama-agama yang wujud di dunia. Ia boleh dijadikan rujukan asas bagi sesiapa yang mengambil jurusan kajian mengenai pengajian agama-agama dunia. Ia tidak termasuk dalam kumpulan rujukan lengkap atau terperinci, tetapi sekadar gambaran awal atau pendedahan asas terhadap sesuatu agama.

Perbincangan ringkas meliputi sejarah perkembangan, pengasas atau rasul yang membawa utusan, kitab-kitab suci, amalan dan kepercayaan sesebuah agama dan upacara keagamaan atau ritual bagi agama-agama menurut sudut pandangan sesebuah agama yang dibincangkan.


Terdapat sebelas bab perbindangan agama yang termuat di dalam buku ini. Saya menyenaraikan bab-bab tersebut:

Bab 1: Definisi dan Ciri-ciri Umum Agama
Bab 2: Agama Islam
Bab 3: Agama Hindu
Bab 4: Agama Yahudi
Bab 5: Agama Zoroastrianisme
Bab 6: Agama Buddha
Bab 7: Konfusianisme
Bab 8: Taodisme
Bab 9: Agama Jainisme
Bab 10: Agama Kristian
Bab 11: Agama Sikh

Pada hemat saya, adalah lebih baik penyusunan buku ini lebih mengikut konsep sebenar. Seperti yang kita ketahui, agama samawi (yang diturunkan daripada langit) hanya ada tiga iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Manakala agama selain daripada ketiga-tiga agama tadi menurut pemahaman istilah tidaklah dipanggil sebagai 'agama', kerana ia lahir daripada ideologi perintisnya dan berkembang berlandaskan kebudayaan.

Maka di permulaan perbincangan boleh dibahagikan kepada agama samawi dan agama kebudayaan. Diikuti dengan pecahan-pecahan yang berikutnya. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.