Sunday, June 9, 2013

Buku: Solat Sunat Pilihan


Judul: Solat Sunat Pilihan
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.90
Status: Rujukan

Ulasan:
Setelah kita belajar mengetahui dan mendalamani bagaimana melaksanakan ibadah solat dengan cara yang terbaik agar lebih hampir kepada kesempurnaan, maka lebih baik kiranya kita lanjutkan dengan solat-solat sunat atau nafilah. Di pasaran, terdapat banyak buku yang membicarakan solat sunat melalui pelbagai penerbitan.

Malah, saya juga tidak menafikan kepelbagaian dan penulisan yang terlalu banyak ini juga mewujudkan sedikit keraguan dalam penyampaian masej ibadah sunat. Anataranya dalil yang digunakan tiada sandaran yang kukuh, penerangan yang kurang jelas selain kaifiat yang diterangkan tidak disertai dengan dalil yang menyokong.


Sekian lama saya sangat berkenan dengan penulisan dan penyampaian Dr. Zulkifli al-Bakri. Di awal saya mengenalinya saya melihat perbezaan gaya penyampaiannya daripada penceramah lain. Pertuturannya tersusun, bersandarkan kepada dalil atau kata ulama semata, seoralh bukan menggunakan pejelasan dariupada dirinya. Intonasinya rendah, sehingga seoalh mendatar. Namun, sekiranya dihayati perbicaraannya, kita bakal menemui banyak himkah yang tersirat.

Buku ini tidak rugi dibaca, dihayati dan diamalkan. Kepelbagaian hadith yang dibawa dalam menerangkan sesuatu solat sunat menguatkan keyakinan dan galakan untuk kita mengamalkannya. Inilah beza ibadah berdasarkan dalil dan ilmu berbanding ibadah yang dibuat berdasarkan ikut-ikutan atau taqlid semata.

Di dalam buku ini diterangkan lima jenis solat sunat yang utama iaitu:
1- Solat Rawatib,
2- Solat Dhuha,
3- Solat Witir,
4- Solat Tahajjud dan,
5- Solat Hajat.

Namun, apa yang lebih membuat saya terujua ialah, ketika mencari gamabr kulit buku ini, saya terjumpa bahawa telah diterbitkan 'Solat Sunat Pilihan 2'. Insya Allah saya akan mencari dan membelinya, kemuan kita 'bersembang mengani buku ini pula.

Di sini terdapat iklan untuk beberapa buah buku rujukan mengenai solat.

Al-'ilm makes al-hikmah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.