Tuesday, February 26, 2013

Buku: Landasan Maut dan Hiroshima


Judul: Landasan Maut
Penulis: Salleh De Ran
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. (2010)
Harga: RM 23.00
Status: Selesai dibaca


Judul: Hiroshima Duka Sebuah Perang
Penulis: Salleh De Ran
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. (2011)
Harga: RM 23.00
Status: Selesai dibaca

Ulasan:
Kedua-dua novel ini ada perkaitan. Perkaitan yang sangat besar ialah ia menceritakan mengenai kuasa perang Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Jepun menyertai Kuasa Paksi bersama Jerman Nazi dan Itali serta beberapa negara yang lain.

Di dalam novel Landasan Maut menceritakan kerakusan tentera Jepun mengerah tenaga tawanan dan rakyat sebagai buruk paksa membina landasan keretapi yang menghubungkan Thailand merentasi Burma atau Kemboja sehingga menuju ke India. India adalah negara yang diimpikan oleh Jepun untuk dijajah menuju ke barat, selain New Zealand dan Australia menuju ke selatan selepas Tanah Melayu.

Kekuatan tentera mereka terletak kepada sanjungan terhadap Mahajara Jepun yang dianggap sebagai dewa atau tuhan. Selain itu, mati di medan perang adalah satu kemuliaan yang sangat tinggi di dalam persepsi masyarakat Jepun. Tidak hairan jugalah andai ada tentera yang bunuh diri terlebih awal sebelum ditawan ketika di medan perang. Lebih baik mati daripada ditawan.

Kerakusan Jepun menzalimi dan menganiaya penduduk tempatan tidak dapat dibayangkan. Jenayah mereka di dalam perang tidak boleh disangkal. Itulah tradisi mana-mana peperangan. Nilai kemanusiaan dicampak jauh entah ke mana. Mencukupi gambaran tersebut dengan situasi yang berlaku di dalam Landasan Maut. Namun, keangkuhan tentera mereka terpaksa dibayar dengan pengorbanan ribuan nyawa rakyatnya apabila bom atom Little Boy digugurkan ke atas bandar Hiroshima. Keangkuhan dan kezaliman perlu dibayar dengan kesengsaraan dan kemusnahan.

Antara yang aku dapat daripada kedua-dua novel ini ialah gambaran tentera Jepun yang sangat rakus dan degil dalam menjalankan misi penjahan mereka. Akibat kerakusan, pengisyriharan Postdam terpaksa dibuat dengan sebulat suara memaksa Jepun menghentikan kerakusannya dan menyerah kalah. Keraga kedegilan menyerah kalah tanpa syarat membawa kepada keputusan menggunakan bom atom untuk menghentikan peperangan.

Landasan Maut menceritakan latar belakang masa ketika zaman penjajahan Jepun yang bermula sekitar tahun 1942, manakala Hiroshima ketika kemuncak Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945. Landasan Maut berlatar belakang tempat di Tanah Melayu atau khususnya di Kelantan dan sekitar sepanjang laluan pembinaan landasan keretapi maut. Antara tempat yang paling mengazabkan adalan ketika pembinaan landasan di Bukit Conyu. Buruh yang keletihan, kesakitan, makanan tidak mencukupi, bekerja lebih masa dipaksa untuk menarah atau memotong bukit untuk membina landasan keretapi.

Manakala Hiroshima lebih tertumpu kepada negara Jepun yang terdiri daripada rakyat dan pimpinan tertinggi negara serta negara Amerika Syarikat yang tertumpu kepada mastermind menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima. Menariknya ia diselitkan dengan situasi beberapa rakyat Tanah Melayu yang menginap di Jepun untuk menyambung pelajaran. Kehadiran mereka di dalam ini meringankan jalan cerita. Walaubagaimanapun, aku sedikit tidak selesa dengan novel Hiroshima kerana kekerapan penggunaan nama watak yang panjang dan ganti diri yang terlalu meleret. Sedikit timbul rasa menyampah.

Banyak manfaat yang boleh dipelajari seperti kemanusiaan, jenayah perang, persepakatan musuh dan rakan, permainan politik, kerakusan kuasa dan ketakaman. Boleh jadi Landasan Maut sebagai contoh kerakusan Jepun dan Hiroshima sebagai klimaks kejatuhan Jepun. Hari ini merupakan hasil sejarah lalu,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.