Wednesday, May 8, 2013

Buku: Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW



Judul: Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW
Penulis: Prof. Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin
Penerbit: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Harga: Tidak Tercatat
Status:  Rujukan Pengajian

Saya mengenali penulis secara peribadi kerana penulis merupakan bekas majikan di tempat saya bekerja dan juga Yang DiPertua di salah sebuah NGO dakwah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya serta mantan Ketua Jabatan tersebut. Kini, beliau merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta (KIAS) bertempat di Kelantan.


Sinopsis:
Buku ini memaparkan kecerdikan dan kebijaksanaan Nabi SAW menyusun perancangan dan strategi untuk berhadapan dengan pihak yang menentang baginda. Ia juga penuh dengan pengkisahan yang menarik serta jawapan-jawapan terhadap persoalan dan tuduhan yang dilontarkan terhadap Islam dan rasul-Nya.

Buku ini juga ditulis berdasarkan rujukan yang masyhur dan diterima pakai seperti Sirah Ibn Hisuam oleh Ibn Hisyam, Fiqh al-Sirah oleh Muhammad al-Ghazali, al-Sirah al-Nubuwwah oleh al-Sallabi, al-Rahiq al-Makhtum oleh al-Mubarakfuri, al-Sirah al-Nabawiyah oleh al-Nadwi dan al-Sirah al-Nabawiyah oleh Abu Syuhbah.

Oleh itu, buku ini amat sesuai digunakan sebagai teks rujukan untuk memahami ajaran Islam dari detik-detik peristiwa dalam sirah serta sesuai dihayati sepanjang zaman terutama oleh generasi sekarang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.