Friday, May 10, 2013

Buku: Sejarah Eropah



Judul: Sejarah Eropah
Penulis: Sivachandralingam Sundara Raja
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harga: Tidak tercacat
Status:  Bacaan masa lapang

Ulasan:
Saya sangat minat sejarah. Saya juga tidak suka membaca sejarah dari sebelah pihak juga. Malah, saya sangat teruja untuk mengaitkan dan membandingkan sejarah-sejarah agar dapat 'melihat' dan menilai sesuatu sejarah dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh.

Saya membeli buku Sejarah Eropah ini ada maksudnya. Saya ingin mengetahui perkembangan sejarah Eropah yang berkait secara langsung dengan tuhan-tuhan mereka serta agama Kristian yang menjadi agama rasmi mereka kemudiannya. Semasa belajar di Mesir, saya belajar mengenai agama Yahudi dan Kristian. Maka, secara langsung persekitarannya ada kaitan dengan bangsa Eropah atau Rom.


Antara lain, saya pernah menonton sebuah filem atau drama bersiri yang sangat panjang mengenai Ashabul Kafhi (ahli-ahli gua) serta kisah Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa AS. Walaupun kisah ini berlaku di Palestin dan tanah Arab yang lain, namun jalur masa menunjukkan zaman tersebut selari dengan beberapa kisah kerajaan Rom, perkaitan dengan bangsa Yahudi, kisah kelahiran Nabi Yahya, sikap bangsa Yahudi terhadap keluarga Nabi  Zakaria dan keluarga Imran.

Semuanya sangat menarik untuk saya selusuri. Setakat ini saya masih belum jumpa perkaitan secara langsung sejarah Eropah atau Rom dengan zaman-zaman para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Boleh jadi ada tetapi saya tidak menjumpainya. Begitu juga kisah ashabul kahfi, yang berlaku ketika pemuda-pemuda tersebut pada awalnya hidup di bawah  kerajaan Rom yang zalim serta tidak beriman dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT:
Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Romawi. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.
(Surah ar-Ruum 30:1-5)

Firman Allah SWT:
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri (berdiri di hadapan raja Dikyanus (Decius) yang zalim dan menyombongkan diri), lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(Surah Al-Kahfi 18:13-14)

Sangat menarik untuk dikaji dan diselusuri. Moga ia juga bermanfaat untuk anda.

*Edisi  kemaskini ini ditambah untuk panduan bagi yang meminati buku ini. Sepatutnya dari awal saya meletakkannya.

Berikut adalah isi kandungan buku ini;

Prakata
Pendahuluan

BAB 1: ZAMAN GREEK
Sejarah Awal Eropah
Pembentukan Negara Kota
Athens
Sparta
Faktor yang Menyatukan Masyarakat Greek
Perluasan Kuasa Greek
Sumbangan Greek kepada Tamadun Manusia
Rumusan

BAB 2: ZAMAN HELENISTIK/GRAECO-ROM
Pengertian Zaman Helenistik/Graeco-Rom
Empayar Graeca-Rom
Ekonomi
Institusi Pendidikan
Kesusasteraan
Seni Bina
Seni Ukir
Kepercayaan dan Agama
Falsafah
Sains, Matematik, Astronomi dan Geografi
Rumusan

BAB 3: ZAMAN ROM
Asal Usul Rom
Sistem Pemerintahan Awal Kerajaan Rom
Organisasi Empayar
Kepentingan Pax Romana
Kejatuhan Empayar Rom
Sumbangan Rom kepada Tamadun Manusia
Rumusan

BAB 4: ZAMAN PERTENGAHAN AWAL
Latar Belakang Zaman Pertengahan Awal
Serangan dan Kumpulan Orang Gasar
Kesan Serangan Orang Gasar
Kerajaan Rom Suci
Empayar Rom Timur (Byzantium)
Rumusan

BAB 5: FEUDALISME
Faktor-Faktor KEmunculan Sistem Feudalisme
Ciri-ciri Sistem Feudal
Ciri-ciri Sistem Manor
Kedudukan Gereja dalam Sistem Feudal
Kedudukan Raja dalam Sistem Feudal
Sebab-sebab Kemerosotan Sistem Feudalisme
Rumusan

BAB 6: ZAMAN KRISTIAN
Asal Usul Agama Kristian
Ajaran Nabi Isa
Penyebaran Agama Kristian
Kedudukan Agama Kristian dalam Empayar Rom
Agama Kristian Selepas Serangan Orang Gasar
Sebab-sebab Perkembangan Agama Krisrtian
Rumusan

BAB 7: PERANG SALIB
Sebab-sebab Permualaan Perang Salin
Perkembangan Perang Salib
Kesan Perang Salib
Rumusan

BAB 8: ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN
Latar Belakang Zaman Kemuncak Pertengahan
PErubahan Pada Zaman Kemuncak Pertengahan
Rumusan

BAB 9: RENAISANS
Pengertian Renaisans
Faktor Permulaan Renaisans di Itali
Ciri-ciri Renaisans
Sumbangan Renaisans
Kepentingan Renaisans
Rumusan

BAB 10: NEGARA BANGSA
Negara Bangsa
Pembentukan Negara Bangsa
Empayar Rom Suci dan Supremasi Keluarga Habsburg
Rumusan

BAB 11: PEMERINTAHAN NEGARA MUTLAK
Perancis Ke Arah Pemerintahan Mutlak
England Ke Arah Pemerintahan Raja Berperlembagaan
Rumusan

BAB 12: REFORMASI
Reformasi di Jerman dan Ajaran Murtin Luther
Faktor Perkembangan Reformasi
Reformasi di England
Reformasi di Switzerland
Kesan Reformasi
Kontra-Reformasi
Reformasi di Dalam Gereja Katolik
Rumusan

BAB 13: REVOLUSI SAINS
Kaedah Penyelidikan Sains
Tokoh-tokoh Zaman Sains
Perkembangan Penemuan dan Idea-idea Sains
Kesan Revolusi Sains
Rumusan

BAB 14: ZAMAN PENYERLAHAN
Ciri-ciri Zaman Penyerlahan
Faktor-faktor Mempengaruhi Perkembangan Penyerlahan
Pemikir-pemikir Penyerlahan
Kesan Zaman Penyerlahan
Rumusan

BAB 15: REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Sebab Revolusi Perindustrian Bermula di England
Kemajuan Pertanian, Perindustrian dan Pengangkutan
Kesan Rovolusi Perindustrian
Rumusan

BAB 16: REVOLUSI PERANCIS
Sebab Tercetusnya Revolusi
Idea Politik Revolusi Perancis
Perjalanan Revolusi
Kesan Revolusi PErancis

Bibliografi
Indeks

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.