Wednesday, May 8, 2013

Buku: Pemikiran Islam Di Malaysia Sejarah dan Aliran



Judul: Pemikiran Islam Di Malaysia Sejarah dan Aliran
Penulis: Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah
Penerbit: Gema Insani Press
Harga: Tidak Tercatat
Status:  Rujukan Pengajian

Ulasan:
Buku ini saya ketemui ketika berada di Tanta, Mesir dalam simpanan seorang sahabat senior bernama Abdul Muin bin Abdul Manan. Ketika ke biliknya, saya kegum dengan kepelbagaian buku yang dimilikinya. Dalam banyak buku yang terpikat, hanya buku ini yang berada di kedudukan teratas. Tidak molek pula andai mahu pinjam dengan bilangan sedozen.


Perbincangan mengenai pemikiran memang menjadi minat saya. Ini kerana, cara bertindak, perwatakan dan percakapan seseorang banyak terkesan daripada cara pemikiran mereka. Cara pemikiran pula berbeza dan boleh berubah berdasarkan perbezaan latar belakang kehidupan atau perrubahan pola kehidupan seseraong secara drastik atau sebaliknya.

Ketika di dalam peminjaman, saya mencari di internet jika buku ini masih dijual di mana-mana kedai. Tetapi malangnya tidak dijumpai melainkan dalam bentuk PDF Google Books. Lantaran itu, saya mengambil keputusan untuk meminjam 'terus' barangkali buku ini. Namun, senior ini telahpun mengetahui niat saya. Penerbit Gema Insani adalah syarikat penerbitan yang berada di kota Jakarta, Indonesia. Penulisannya walaupun berasaskan kepada struktur ejaan Indonesia, namun secara keseluruhannya sangat persis dengan Bahasa Melayu sehingga mudah dibaca dan difahami.

Saya tertarik dengan penulisan buku ini adalah penulisnya mampu menyertakan sebak mungkin rujukan dan sumber. Kepelbagaian sumber dan rujukan menjadikan penulisan di dalam buku ini padat dengan fakta, tidak berjela-jela. Penerangan asas yang padat sehingga seseorang yang membacanya mampu menyelusuri langkah demi langkah perbincangan di dalam buku ini.

Rugi andai tidak berkongsi ringkasan kandungan yang ada di dalam buku ini.

Saya berminat menyenaraikan perbincangan di dalam bab Pendahuluan yang terdiri daripada:
1- Sejarah Pemikiran
2- Aliran-aliran Pemikiran Islam
    a) Tradisionalisme
    b) Modernisme
    c) Reformisme
3- Pendekatan Sintesis

Kemudian ia terpecah kepada beberapa bahagian yang di bawahnya terdiri daripada beberapa bab dan sub-topik.
Bagian Pertama: Kontinuitas Pemikiran Tradisionalisme
Bagian Kedua: Lahirnya Pemikiran Modernisme
Bagian Ketiga: Kebangunan Pemikiran Reformisme

Seterusnya terdapat Kesimpulan , Blosari, Lampiran-lampiran, Daftar Kepustakaan dan Indeks.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.