Saturday, February 23, 2013

Buku: Perbahasan Usul Al-Ahkam


Judul: Perbahasan Usul Al-Ahkam
Penulis: Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali
Penerbit: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Harga: RM 28.50
Tahun Cetakan: 2001
Status: Rujukan pembelajaran

Ulasan
Sejujurnya aku sangat kamu dengan pasangan penulis ini. Lebih sepuluh karya-karya mereka menjurus kepada 'penghantar', 'pendahuluan' atau 'asas' sesuatu ilmu fundamental Islam. Aku tidak dapat bayangkan betapa besarnya pahala yang mereka berdua peroleh hasil dari kebaikan dan kebajikan yang telah dibuat. hasil daripada penulisan ini, mereka telah menyediakan satu alternatif medium penyampaian ilmu-ilmu Islam menggunakan bahasa Melayu.


Kedapatan orang yang tidak mampu memahami ilmu daripada bahasa aslinya iaitu Arab. Kedapatan juga orang awam yang mempunyai kesedaran dan ingin mengetahui ilmu-ilmu agama Islam. Maka, buku ini secara tidak langsung boleh menjadi rujukan asas atau pendahuluan bagi golongan tersebut. Aku juga masih merujuk buku ini bagi pengajian diplomaku kini sementelahan buku rujukan berbahasa Arab adalah yang paling utama.

Buku ini membincangkan mengenai ilmu Usul Fiqh atau Usul Al-Ahkam, walaupun terdapat juga buku Perbahasan Usul Fiqh yang disusun oleh penulis. Aku cuba mencari halaman kulit hadapannya di internet, namun tidak dijumpai. Umumnya buku ini terbahagi kepada tiga kategori utama:

Bahagian A: Pengenalan Usul Al-Ahkam
Bahagian B: Sumber-sumber Hukum Syariat
Bahagian C: Hukum Syarak
Bahagian D: Kaedah Pengambilan Hukum
Bahagian E: Ijtihad dan Taqlid

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.