Sunday, February 24, 2013

Buku: Maria dan Isabella


Judul: Maria
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhjd.
Terbitan: 2010
Harga: RM 18.00
Penulis:  Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu
Penterjemah: Mohd Rofizi bin Dollah
Status: Selesai dibaca




Judul: Isabella
Penerbit: Pelima Media Sdn. Bhd.
Terbitan: 2011
Harga: RM 16.00
Penulis:  Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Penterjemah: Dato' Abdullah bin Hussain
Status: Selesai dibaca

Ulasan:
Kedua-dua novel ini bertemakan teologi. Apakah teologi? Teologi ialah satu ilmu yang berkaitan dengan akidah dan kepercayaan. Aku terlebih dahulu membaca Maria sebelum Isabella. Maria aku membacanya ketika di Mesir, buku yang dicetak oleh Unit Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Halaman kulit depannya tidak aku sertakan di sini.


Kedua-dua novel ini mempunyai plot yang hampir sama tetapi di dalam latar belakang zaman yang berbeza. Kisah Maria belaku ketika zaman Presiden Mustafa Kamal Attratuk memerintah Mesir sedangkan Isabella berlatar belakang masa zaman pemerintahan Abbasiyah di Cordoba. Pertentangan atau pertembungan agama yang berlaku di dalam kisah Maria adalah antara Islam - Kristian - Atheis, manakala di dalam kisah Isabella hanya Islam - Kristian sahaja.

Konflik jiwa berkaitan dengan kepercayaan dan akidah yang akhirnya membawa watak protagonis ini menyambut seruan Islam. Prinsip kuat yang dipegang mereka ialah 'atas nama kebanaran'. Apa yang benar perlu diterima dan diperjuangkan, manakala apa yang salah dan didustakan hendaklah diakui dan ditinggalkan. Itulah hakikat agama Islam yang benar dan agama yang telah disesatkan atau diselewengkan oleh para paderi terdahulu.

Hero yang digandingkan bersama heroin di dalam kisah Maria ialah Abdul Wahab yang telah menimbulkan plot romantis dan konflik percintaan bersama Maria. Kebiasaannya, hero inilah yang menjadi satu idol atau pembuka jalan jepada sesuatu yang bertentangan dengan keadaan sebelmnya dan ianya lebih baik. Peranan hero ini telah wujud kukuh sehingga Maria menerima hakikat penyelewengan Kristian dan menerima Islam sepenuh hatinya. Malah memperjuangkannya sehingga sanggup berputih mata.

Manakala hero yang digandingkan di dalam kisah Isabella pula ialah Umar Lahmi. Walaubagaimanapun, tiada sebarang bibit romantis atau percintaan antara kedua mereka. Isabella dalam kisah ini lebih kelihatan berkarisma dengan kehidupannya yang penuh ditumpukan kepada memperjuangkan agama Islam. Isabella seumpama Maria yang sanggup berkorban nyawa mempertahankan agama Islam yang dianutinya.

Dua buah karya ini membawa isu-isu tertentu yang menjadi polemik dan persoalan dalam kalangan penganut agama Kristian sendiri. Walaupun aku tidak sepenuhnya memahami isu yang diceritakan, namun asasnya aku mengetahui akan pendustaan yang diceritakan di dalam kitab pegangan penganut Kristian ini.

Sebuah karya yang santai walau diselitkan dengan isu keagamaan Islam dan Kristian. Apa yang ingin di ketengahkan ialah semangat perjuangan mereka mempertahankuan kebenaran dan kesucian agama Islam. Sekiranya watak ini benar-benar wujud, pastinya mereka berada pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding kita semua kerana mereka adalh pendakwah agama Islam. Kedudukan mereka bersama golongan Nabi dan para hamba yang benar. Bukankah kalimat yang paling agung dan baik di atas muka bumi ini ialah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.