Saturday, February 23, 2013

Buku: Shamsiah Fakeh


Judul: Shamsiah Fakeh Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
Penulis: Azzah Abdul Rahman
Penerbit: PTS Publications and Distributors
Harga: RM 20.00
Tahun Cetakan: 2011
Status: Selesai dibaca

Ulasan
Nama Shamsiah Fakeh tidaklah terlalu biasa dalam ingatan aku. Boleh jadi kesan pembelajaran lampau terhadap subjek sejarah yang dipelajari ketika di bangku sekolah dahulu, menimbulkan kembali nama ini. Aku tahu kaitannya dengan PKM dan aku tahu juga ia salah seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Disebabkan jiwa yang memberontak terhadap penulisan sejarah yang wujud hari ini, malah ketika belajar di sekolah dahulu, aku lebih mencari sumber lain untuk 'memahami' sejarah negara dan bukan sekadar 'mengetahui'.

Pejuang kemerdekaan yang diiktiraf hanya dari golongan yang 'menang dan mempunyai kuasa' sahaja. Golongan yang tidak sealiran dengan 'kuasa' tersebut, mereka dianggap sebagai penentang, pembangkang dan pengkhianat.

Melalui novel ini, pembaca akau dapat mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan seorang pejuang kemerdekaan yang kehidupannya sangat perit. Aku melabelkan Shamsiah Fakeh seorang yang berjiwa lembut dan berhati kering. Jiwanya lembut sebagai seorang perempuan dan hatinya kering dengan azam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan.

Aku berpendapat wujud tiga golongan umum yang memperjuangkan kemerdekaan. Mereka ialah:
a) Golongan yang berkerjasama dengan British
b) Golongan yang bergabung dengan PKM
c) Golongan yang berjuang atas dasar kefahaman Islam atau/dan semangat nasionalisme

Ketiga-tiga golongan ini berjuang atas dasar nilai nasionalisme dan patriotisme yang sama, namun melalui pendekatan dan fahaman yang berbeza. Hanya golongan yang bekerjasama dengan British sahaja yang dianggap berhaluan kanan, selainnya dilabel golongan kiri atau pembangkang.

Banyak lagi yang perlu aku baca dan ketahui. Minat terhadap sejarah memang telah menjadi darah daging.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.