Tuesday, July 23, 2013

Buku: Tafsir Ayat-Ayat Ramadan


Judul: Tafsir Ayat-Ayat Ramadan
Penulis: Heizal Hezry Omar
Penerbit: PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.
Harga: RM 18.00
Status: Bacaan masa lapang

Ulasan:
Pada awalnya saya sedikit sukar memahami bentuk penulisan buku ini. Boleh jadi kerana penggunaan ayatnya sedikit tidak lancar, iaitu ayat yang diterjemahkan secara langsung daripada bahasa Arab. Itu andaian saya. Ini kerana saya pernah menyemak dan memperbetul ayat yang diterjemahkan secara langsung daripada bahasa Arab sebelum diperbetulkan ke bentuk kontekstual, bukan literal ayat.

Jujurnya, saya mendapat banayk faedah dan manfaat ketika membaca buku ini. Penlis mempunyai senarai rujukan buku atau tokoh yang tegar, apabila kerap kali mengulangi pendapat tokoh-tokoh tertentu. Pada saya itu tiada masalah, selagi mana pendapat tersebut menarik, sesuai dengan konteks perbincangan serta menyeluruh dan isu. Malah, saya tidak menafikan terdapat beberapa pandangan yang menakjubkan, lambang kepada hikmah yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang yang berilmu dan soleh.


Di sini saya menyenaraikan tajuk-tajuk perbincangan di dalam buku ini;

Bab 1:
Ayat 183 Surah Al-Baqarah
Perintah Puasa Dalam Islam

Bab 2:
Ayat 184 Surah Al-Baqarah
Rukhsah dan Fidyah untuk Pesakit dan Musafir

Bab 3:
Ayat 185 Surah Al-Baqarah
Ramadan Sebagai Bulan Al-Quran

Bab 4:
Ayat 186 Surah Al-Baqarah
Allah Dekat dengan Hamba-Nya

Bab 5:
Ayat 187 Surah Al-Baqarah
Harus Makan, Minum, Jimak dan Iktikaf pada malam Ramadhan

Ahli ibadah yang mencintai ilmu pasti sangat mendambakan ibadah yang dilaksanakan mereka bertunjangkan kepada ilmu yang sahih. Ibarat perbandingan ahli ilmu ke atas ahli ibadah yang jahil seumpama cahaya bulan menutupi gemilauan cahaya bintang. Sayugialah, ahli ibadah yang beriabadah berdasarkan ilmu yang benar dan rujukan yang diyakini itu, lebih berganda-ganda baiknya.

Sesungguhnya andai anda menyingkap buku ini, mentadabbur dengan baik, mengambil pengajaran dan hikmah daripadanya, saya jamin, pasti anda akan terasa di awang-awangan keindadahn dan kebesaran Islam. Merasakan nikmat bertuahnya hidup sebagai orang yang beriman hanya kepada Allah dan menganuti Islam sebagai cara hidup.

Menghayati Islam bukan sekadar mengetahui sahaja, tetapi memerlukan kepada pembacaan, ilmu dan hikmah. Allahu musta'an.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.