Tuesday, July 23, 2013

Buku: Tafsir Ayat-Ayat Ramadan


Judul: Tafsir Ayat-Ayat Ramadan
Penulis: Heizal Hezry Omar
Penerbit: PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.
Harga: RM 18.00
Status: Bacaan masa lapang

Ulasan:
Pada awalnya saya sedikit sukar memahami bentuk penulisan buku ini. Boleh jadi kerana penggunaan ayatnya sedikit tidak lancar, iaitu ayat yang diterjemahkan secara langsung daripada bahasa Arab. Itu andaian saya. Ini kerana saya pernah menyemak dan memperbetul ayat yang diterjemahkan secara langsung daripada bahasa Arab sebelum diperbetulkan ke bentuk kontekstual, bukan literal ayat.

Jujurnya, saya mendapat banayk faedah dan manfaat ketika membaca buku ini. Penlis mempunyai senarai rujukan buku atau tokoh yang tegar, apabila kerap kali mengulangi pendapat tokoh-tokoh tertentu. Pada saya itu tiada masalah, selagi mana pendapat tersebut menarik, sesuai dengan konteks perbincangan serta menyeluruh dan isu. Malah, saya tidak menafikan terdapat beberapa pandangan yang menakjubkan, lambang kepada hikmah yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang yang berilmu dan soleh.