Sunday, June 9, 2013

Buku: Formula Solat Sempurna


Judul: Formula Solat Sempurna
Penulis: Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM 25.90
Status: Rujukan

Ulasan:
Apabila Ustaz Zaharuddin meletakkan judul 'formula' ia merujuk kepada kaedah terbaik, yang diterangkan secara terperinci bersandarkan dalil-dalil yang dibawa bersama, berserta perbandiungan ulama mazhab terhadap dalil tersebut untuk mencapai tujuan iaitu 'solat sempurna'.


Saya boleh merumuskan bahawa buku ini juga seolah rujukan ringkas kaifiat solat menurut mazhab empat yang utama. Kelebihan membaca buku ini, kita mampu memamhami dengan lebih mendalam falsafah dan hikmah dalam setiap rukun solat serta mampu nmeletakkan diri kita beramal berdasarkan ilmu dan perbandingan pandangan ulama. Malah, pada saya, buku ini mampu mengajar kita bersikap lebih toleransi dan berlapang dada terhadap perbezaan mazhab.

Sesiapa yang pernah menunaikan umran atau haji, berkelana ke negara-negara lain serta menyertai solat dengan uamat Islam di sana, kita akan mendapati perbezaan cara menunaikan solat dengan apa yang kita pelajari. Maka, apabila kita mengetahui sifat kepelbagaian yang wujud dalam pembentukan dan penetapan sesuatu hukum dalam fiqh Islam, khususnya dalam konteks ini iaitu solat, ia mendidik kita mewujudkan persefahaman dan mengukuhkan persaudaan sesama Islam.

Bacalah, hayatilah dan beramal-lah. Pasti anda akan menemui kemanisan berilmu dan beribadah.

1 comment:

  1. Formula Haji Sempurna | Tanyalah Ustaz
    Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Najib Abd. Kadir

    InsyaAllah Bermanfaat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.